Wednesday, October 12, 2016

Perkhidmatan menyediakan buah-buahan potong

Kami menyediakan pelbagai jenis buahan potong di sekitar area Taman Cempaka Ipoh.

Setiap satu bungkusan cuma berharga RM 1.00 dan minimum sebanyak 5 bungkus.




Wednesday, October 5, 2016

Cara membuat nasi ganja (ala2 Ipoh)

NASI GANJA ( 6 org)
  • 4 cawan beras ( disyorkan beras BASMATHI)
  • 6 cawan air ( atau ikut je sukatan beras anda seharian)
  • ( kalau beras basmati- 3 cawan=4 1/2 cawan air)
  • Bawang putih 4 ulas*
  • Bawang merah 8 ulas*
  • 3 Kulit kayu manis*
  • 3 Bunga lawang*
  • 5 Biji pelaga*
  • 3Bunga cengkih*
  • Rempah sup adabi 1 bungkus kecil*(serbuk)
  • 6-8 titis pewarna kuning telor( bubuh sampai jadi warna nasi mcm saya buat tu)

Bahan2 yang bertanda * -ditumis dgn minyak masak sikit Dan campur minyak sapi sikit agak2 1/4 cawan
(dah siap tumis masukkan air bila dah didih masukkan beras..dan pewarna kuning telor 3 titis.kacau2 pastu masukkan
Cili sos maggi-6 camca besar
Sedikit garam gula Dan ajinomoto( jika suka)
masaklah macam biasa sedap dimakan dengan sambal ayam/daging/ masak merah/masak hitam/dalca


Image result for nasi ganja

ABC Fradoo Shah Alam VS ABC Gunung Kinabalu














12341354_701723753261117_3378603455702198430_n
ABC Fradoo                                                                      








ABC Gunung Kinabalu











ABC Fradoo terletak di Medan Selera diubahsuai Sek Shah Alam 2, Booth # 14 adalah di mana Fradoo ABC boleh didapati. Ia adalah di tengah-tengah Seksyen 2 Shah Alam, kawasan pelajar universiti yang terkenal (petunjuk: "banyak ooo awek hahaa" - usia muda Azuan Versi pertama).

ABC menarik bersaiz gergasi dan tinggi kali ini di Tanjung Aru, Kota Kinabalu, Sabah. Ada sesiapa yang sanggup ke Sabah untuk mencubanya? Hihi. Warga Sabah yang berdekatan dengan Restoran Pondok Pantai pasti sudah menikmatinya. Kepada anda yang berada di sekitar Kota Kinabalu dan Tanjung Aru atas urusan pekerjaan atau percutian, inilah peluang anda untuk merasai ABC Gunung Kinabalu.Di Restoran Pondok Pantai, anda boleh dapatkan pelbagai jenis menu ABC yang ditawarkan dengan harga yang berlainan mengikut saiz dan topping ABC tersebut. Untuk menikmati ABC ini, disarankan untuk anda berkongsi dengan rakan atau ahli keluarga untuk mengelakkan pembaziran atau anda boleh memilih menu ABC yang bersaiz sedikit kecil.

Tuesday, October 4, 2016

RESEPI MEE BANDUNG KE MUAR

RESEPI MEE BANDUNG KE MUAR

Resepi Mee Bandung Muar

Bahan-bahan:


  • 500g Mee kuning dicelur
  • 200g Tulang lembu/ayam direbus (untuk jadikan stok)
  • 100g Udang hidup/Sotong
  • 100g Sawi
  • 7 cawan Air
  • ½ cawan Sos tomato
  • 2 biji Telur
  • 1 sudu besar Perencah pati ayam
  • Secukup Garam
  • Secukup Gula
  • Secukup Minyak untuk menumis
  • X: dikisar halus

  • ½ cawan Udang kering
  • 20 tangkai Cili kering
  • 10 ulas Bawang merah
  • 3 ulas Bawang putih
  • 3 sudu besar Kacang goreng, dikisar
  • 2 batang Serai, dititik
  • 1 biji Keledek, direbus dan dikisar

Cara Menyediakan:


  • (1) Panaskan minyak, tumis (X) hingga wangi kecuali keledek.
  • (2) Masukkan air rebusan daging, udang dan biarkan mendidih.
  • (3) Tambahkan sos tomato, perencah pati ayam, garam dan gula serta keledek.
  • (4) Biarkan mendidih baru masukkan sawi dan telur.
  • (5) Hidangkan dengan mee kuning, hirisan cili merah, bawang goreng dan limau nipis.